Awak,
Dah lama saya nak luahkan semua perasaan yang terbuku dihati, harapan saya yang punah dan hati ini yang awak hancurkan. Tapi saya tak pernah kuat untuk meluahkan semua yang terbuku sehinggalah hari ini. Saya akan menikah awak, 18 hari lagi. Awak ingat lagi hari awak menikah, hari awak hancurkan hati saya, hari awak nikahi dia?
Hanya tuhan sahaja yang tau awak, rasa seperti separuh nyawa saya hilang. Saya tak sangka orang yang paling saya sayang dan percaya sanggup curang dan menduakan saya. Disaat awak merasa bahagia, saya sendiri meratapi nasib dan hilang semua kepercayaan saya pada erti kasih dan sayang.
4 tahun saya merawat hati yang luka, cuba melupakan awak, cuba untuk bukakan hati saya pada insan lain tetapi tak pernah berhasil. Jauh disudut hati, saya masih rindukan awak, rindukan masa kita bersama dan jujur saya katakan takkan ada orang yang dapat mengisi hati saya seperti awak.
Setelah saya hampir dapat lupakan awak, setelah luka semakin sembuh, awak kembali dalam hidup saya dengan derita dibahu. Saya sentiasa doakan awak bahagia, tak pernah terdetik dihati berdoa awak akan dicurangi. Tak pernah percaya yang satu hari nanti awak akan kembali kepada saya kerana dicurangi. Saya dapat rasa setiap derita, air mata dan sengsara awak, saya pernah mengalami benda yang sama semasa awak tinggalkan saya dulu. Saya tak tau apa yang tuhan tentukan, tapi Allah seperti mahu saya melihat hidup awak hancur diatas apa yang sudah awak lakukan pada saya. Dan saya tak sanggup.
Dalam masa saya melihat derita awak, saya sangka tuhan bagi kita peluang kedua untuk bersama, tapi saya silap, kita tak pernah ditakdirkan untuk bersama.
Kita tak pernah berpisah cara baik, tak pernah minta maaf secara terangan. Harini biarlah saya yang melepaskan awak dari hati dan fikiran saya buat selama-lamanye. Maafkan saya atas semua salah dan silap saya sepanjang kita bersama. Halalkan semua makan minum saya. Terima kasih atas kasih sayang awak, terima kasih atas kesabaran awak. Walaupun hubungan kita putus ditengah jalan, saya percaya yang satu masa dulu saya lah insan yang paling awak sayang.
Terima kasih kerana tinggalkan saya awak, kerana awak saya faham erti setia, erti sayang dan saya berikrar takkan hancurkan hati dia yang mencintai saya. Alhamdulillah, tuhan janjikan jodoh yang lebih baik, hari ini saya bahagia. Doakan saya bahagia awak, doakan semoga cinta yang saya bina atas air mata yang lalu dapat bertahan selama-lamanya. Saya nak awak tau yang satu masa dulu saya berharap lelaki yang akan bergelar suami adalah awak, tetapi jodoh bukan milik kita.
No comments:
Post a Comment