Ivy is Cinte

SaLSa, StILeTTos, BOOks, TraVELlingS, BoYs aNd EveRYthINg eLSe in BetWEen.

Friday, November 18, 2016

My mom famous AYAM MASAK KANTAN

Semalam kak ton masak ayam kantan hasil dr beli kantan kat kedai bunga last week, nak tau kenapa beli kat kedai bunga sila tengok blog akak lagi satu ok. (https://cinteguadeloupe.blogspot.com/). So dh terlajak masak ttba teringat nak masuk dlm blog so semua org boleh merasa. 

4 kuntum EU6.50

Kak ton cakap ayam masak kantan ni famous sbb rasa dia unik and our must have lauk time raya. Mak cakap kalau nak makan rendang pegi umah orang lol. Biasa time raya buat la bape ekor ayam pun, pagi raya confirm dh habis, haaaaa smpai tara tu sedap dia. 

Semenjak mak dh tua ni, dia cakap dia dh tak larat nk masak, kalau dulu mintak resepi jgn harap la dia nk bg. Dia rela masak banyak2 utk org dr org tau camne nak buat. Ni la jugak lauk kitaorg hidang time open house tiap thn, tak pernah tukar. Yg pernah rs, tak miss dtg umah tiap thn, yg dh try buat mmg terus jatuh cinte, so i hope you will love it too. 

Resepi ni resepi agak2 ok, kita melayu biasa masak agak2 kan, kak ton nk bg exact measurement tak leh sbb lauk ni masak smlm, lupa dah.



AYAM MASAK KANTAN : 

6 ketul ayam (dicelur utk hilangkan hanyir ayam, my mom very particular, tak leh hanyir langsung)

Bahan tumbuk: 
1 biji bawang putih
5 biji cili api
sedikit halia
sedikit belacan

1/2 bawang besar - belah 6
10 biji cili api - tumbuk pecah (ejas cili anda jika tak makan pedas, tp masak kantan ni sedap bila pedas)
3 kuntum bunga kantan - belah 4
 (yg kembang lg bagus dr yg kuncup abah cakap)
400ml santan dlm tin atau kotak / santan fresh 
Sedikit air
Minyak utk menumis
Bahan Perisa

Cara2 : 

1. Tumis bahan tumbuk sampai wangi kemudian masukkan bawang besar, bunga kantan & cili api dan tumis sampai layu. Masukkan sedikit air supaya bahan tumis tak hangit.

2. Masukkan santan dan masak sehingga menggelegak. Masukkan ayam dan masak lagi sehingga santan pekat. Perisakan dengan garam & sedikit gula. Aji jgn letak ye, tak baik utk kesihatan.

3. Sejukkan dan simpan overnight dlm fridge.

4. Ssedap dimakan keesokan harinye dgn nasik atau nasik impit. 

Next time i will put proper picture ok, gambar ni dh siap masuk tupperware nk kasi kat cikgu perancis karang, Harap2 diaorg suka sbb kat sini bunga kantan diaorg tak pernah makan, ada ke patut dia gubah2 pastu buat bouquet, jual. 

Cindy & me


Anyway, have a nice day everyone! Bonne Journee bak kata org perancis. 



No comments:

Post a Comment